Boon Heong beri nasihat kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin
Boon Heong beri nasihat kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin. Melihat perkembangan semasa beregu lelaki negara, lagenda badminton negara, Tan Boon Heong tampil memberi nasihat agara mereka tidak ketinggalan dalam memburu mata dalam kejohanan yang di sertai.
Sebagai info tambahan, Goh Sze fei dan nur izzuddin kini bergerak sebara profesional selepas keluar dari BAM pada 1 september lalu. Jadi banyak perkara yang perlu dittik beratkan oleh mereka sejak bergerak secara solo sekarang ini.
Tan boon heong berkata:
"Pada saya, ia dilihat satu langkah positif buat mereka bergerak profesional tetapi mereka perlu tingkatkan usaha dan lebih berdisiplin dalam latihan. Sekarang mereka juga boleh memilih untuk sertai mana-mana kejohanan dan bebas berlatih berbanding sebelum ini.
"Namun apa yang penting adalah keputusan di kejohanan itu kerana penaja sudah pasti ingin melihat keputusan positif. Contohnya, jika 10 pertandingan yang mereka sertai dalam setahun, dapat mara sekurang-kurang ke suku akhir ke atas sebanyak enam kali, itu dilihat satu perkara yang bagus.
"Mereka juga kini perlu bergantung sesama sendiri selepas tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bergerak secara profesional memerlukan penaja jadi bila ada keputusan dan konsisten, sudah pasti perkara lain akan datang buat mereka (ganjaran dan lain-lain)," katanya
Post a Comment