Aaron Chia Tunggu Wooi Yik Sembuh

Aaron Chia Tunggu Wooi Yik Sembuh. Baru-baru ini pengarah kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky mendedahkan pemain badminton negara, Wooi Yik mengalami retak kaki yang dialaminya sejak Olimpik Paris bulan lalu dan kini menjalani rawatan.

Disamping itu, pasangan beregu lelaki negara ini juga masih belum layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China dan berkemungkinan besar tidak dapat kerana masih belum cukup mata.


Aaron Chia Tunggu Wooi Yik Sembuh





Ditambah pula dengan kecederaan yang di alami oleh Wooi Yik sedikit sebanyak merisaukan para peminat badminton negara. Namun begitu, Aaron Chia berkata dia tidak mahu terlalu risau mengenai perkara tersebut.

Bahkan Aaron berkata dia hanya mahu melihat Wooi Yik kembali sembuh dan kembali bermain seperti biasa. 

Aaron berkata : 


"Kecederaan ini (Wooi Yik) kita tidak tahu bila akan sembuh. Jadi saya hanya meneruskan latihan. Kami ada baki lima hingga enam kejohanan lagi. 


"Kalau masuk, memang rezeki kita. Tapi jika kita gagal, kami akan bermula semula dan menyasarkan pada 2025 pula," katanya.


Kemungkinan sertai Terbuka Hong Kong dan China, Aaron berkata :


"Sepatutnya memang ada untuk kita sertai Terbuka Hong Kong dan Terbuka China tetapi perlu tengok situasi Wooi Yik dahulu. Kami sudah ada berbincang tetapi tidak boleh tergesa-gesa, jadi tengok macam mana nanti.


"Memang ada fikir nak masuk Jelajah Dunia Akhir kerana mahu jaga ranking tetapi perkara ini (kecederaan) tidak boleh paksa. Kena tengok situasi tetapi kalau ada peluang, memang nak layak," katan Aaron.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama