Terengganu Mahu Kalahkan Sri Pahang Di SSMZA

Terengganu Mahu Kalahkan Sri Pahang Di SSMZA. Rupanya bekas kekalahan yang dialami anak buah Tomislav Steinbruckner selepas kekalahan kepada sri pahang musim lalu masih meninggalkan kesan.

Sri Pahang berjaya mengalahkan TFC dalam perlawanan liga super 2023 dengan keputusan 2-1. Jadi di sebabkan itulah pasukan terengganu mahu memenangi perlawanan malam ini.

Bercakap kepada media, pemain pertahanan terengganu fc Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata :


Terengganu Mahu Kalahkan Sri Pahang Di SSMZA



"Misi kami sudah tentu untuk melakar kemenangan sekali gus menebus kekalahan kepada skuad itu (Sri Pahang FC) dalam saingan liga.


"Jika saya diberikan kepercayaan membarisi skuad sebagaimana ketika menentang KL City Sabtu lalu, saya akan memberikan segala-galanya buat pasukan.


"Namun untuk merealisasikan impian itu bukannya mudah, lawan juga mempunyai keinginan yang sama, saya nasihatkan diri dan rakan sepasukan agar dapat menemui rentak lebih awal untuk memburu gol.


"Pada masa sama sebagai pemain pertahanan, saya akan lebih berjaga-jaga bagi mengelak pintu gol dibolosi selain dilayangkan kad merah," katanya ketika dihubungi.

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama