Skuad Badminton Paralimpik Malaysia Mula Langkah Kanan

Skuad Badminton Paralimpik Malaysia Mula Langkah Kanan. Satu perkara positif bagi kontinjen negara apabila skuad badminton negara bermula dengan kemenangan dalam perlawanan pertama sebentar tadi.

Perlawanan pertama melibatkan Kategori perseorangan lelaki kategori SU5, Cheah Liek Hou yang merupakan pemegang pingat emas paralimpik tokyo berjaya meraih kemenangan dengan keputusan  21-10, 21-6.


Skuad Badminton Paralimpik Malaysia Mula Langkah Kanan




Begitu juga dengan seorang lagi wakil negara iaitu, Muhammad Fareez Anuar mencipta kejutan ke atas pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Fang Jen Yu.


Dia menang dengan keputusan 21-14, 21-18 . Fareez mampu mencipta kejutan sekali lagi jika dia menang dalam perlawanan seterusnya. Namun lawan dia pula berbahaya iaitu pemain dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia.


Skuad Badminton Paralimpik Malaysia Mula Langkah Kanan

Jika menang, Fareez akan terus ke suku akhir tau!

Jurulatih badminton para negara, Nova Armada berkata, 


"Mengikut perancangan, tiada masalah untuk Liek Hou kalahkan pemain Poland (Mroz) dan saya hanya bimbangkan Fareez.


"Dalam tiga pertemuan di Kejohanan Asia, Kejohanan Dunia dan di Scotland, semuanya kalah.


"Selepas kita pelajari permainan Jen Yu dan hari ini Fareez dapat mengeluarkan permainannya dan Alhamdulillah menang straight game," kata Nova.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama