Shah Firdaus ditempat keenam Bukan keempat!

Shah Firdaus ditempat keenam Bukan keempat! Walaupun dia dapat menamatkan perlumbaan dengan mengesot sehingga ke garisan penamat.

Namun usaha itu dikhianati oleh pengadilan olimpik Paris apabila mereka meletakkan Shah Firdaus di kedudukan keenam dalam aksi final acara keirin olimpik 2024.


Shah Firdaus ditempat keenam Bukan keempat!


Puncanya adalah pengadilan olimpik melihat Shah sebagai punca berlaku perlanggaran di antara pemain jepun dan Britain. 

Pergerakkan Shah ketika itu dilihat cuba menghalang pemain jepun yang terlebih dahulu melakukan pecutan akhir dan menyebabkan berlakukan perlanggaran tersebut.

Ia berikutan permohonan semakan semula oleh pemain jepun selepas perlumbaan tersebut.

Keputusan akhir, Shah di kedudukan keenam manakala Nakano dan Calin di beri kategori DNF iaitu tidak menamatkan perlumbaan.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula untuk atlet negara kali ini. Apa-apa pun, kita doakan Shah firdaus dan azizul segera pulih dari kecederaan dan kembali beraksi di tahap tertinggi tidak lama lagi.

Kami bangga dengan anda! 

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama