Header Ads

Rehat Kejap, Lepas tu Turun Training Balik Untuk Japan Open

Rehat Kejap, Lepas tu Turun Training Balik Untuk Japan Open. Tiada cuti panjang buat pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas pulang dari Olimpik Paris.

Mereka dijadual akan menyambung misi wakil negara ke terbuka jepun dan korea hujung bulan ini.


Rehat Kejap, Lepas tu Turun Training Balik Untuk Japan Open



Aaaron berkata :  

"Mungkin kami akan rehat beberapa hari sahaja, selepas itu akan menyertai Terbuka Jepun dan mungkin Terbuka Korea. Oleh itu, tidak ada banyak masa untuk kami rehat dan berjumpa ahli keluarga.


"Selepas itu, kami akan kembali bekerja (menjalani latihan). Sudah tentu gembira dapat pulang ke Malaysia dan bagi saya, ini adalah salah satu pembakar semangat untuk kami terus berjuang," katanya 


 Wooi Yik pula berkata : 

"Memang berbeza kerana Tokyo sebelum ini tiada penonton tetapi kali ini apabila masuk ke stadium, boleh rasa gementar dan tekanan.


"Walaupun tidak dapat pingat emas, tetapi kami tetap dapatkan pingat untuk Malaysia," katanya.

Untuk info tambahan para peminat badminton, Terbuka Jepun akan bermula pada 20 Ogos 2024 sehingga 25 Ogos 2024.

Manakala terbuka Korea pula akan berlangsung pada 27 Ogos 2024 sehingga 31 Ogos 2024 nanti. Ayuh beri sokongan yang tidak berbelah bagi kepada team Malaysia yang akan bertanding nanti.


ليست هناك تعليقات

Jom komen ! :)

يتم التشغيل بواسطة Blogger.