Punca Azizul Hasni Awang Disqualified

Punca Azizul Hasni Awang Disqualified. Mengejutkan apabila penyertaan Datuk Azizul dibatalkan oleh pihak badan induk berbasikal dunia.

Ia berlaku ketika aksi pusingan pertama kelayakan acara keirin Olimpik Paris 2024 semalam. Bahkan rayuan yang dikemukan oleh Datuk Azizul Hasni juga menemui jalan buntu.

Apabial rayuannya telah di tolak oleh badan induk dunia UCI. Mengesahkan perkara itu,  Ketua Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata :

"Saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang Olimpik pada perlumbaan keirin lelaki.



Punca Azizul Hasni Awang Disqualified



"Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.


"Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau.


"Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Dato' Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini," kata Hamidin.


Punca Azizul Hasni Disqualified adalah kerana dia memotong Derny yang merupakan individu awal yang mengawal pace para peserta. 

Punca Azizul Hasni Awang Disqualified
Derny yang di maksudkan



Setiap peserta perlu membiarkan derny itu keluar dari trek terlebih dahulu barulah boleh memintasnya. Namun, Azizul Hasni terlebih awal memotong Derny tersebut sebelum Derny keluar dari trek.

Jadi nak buat macam mana, impian empat tahun lebur dalam masa beberapa saaat sahaja. 

Kita juga yakin yang Azizul Hasni lebih kecewa dengan keputusan ini. Takpa Datuk, kita cuba lagi di edisi akan datang ya,

Apa-apa pun kita masih ada wakil negara di pentas suku akhir hari ini apabila Shah Firdaus akan beraksi hari ini.

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama