Penyokong JDT Diseru Elak Buat Provaksi Ketika Final Piala Fa 2024

Penyokong JDT Diseru Elak Buat Provaksi Ketika Final Piala Fa 2024. Menjelang perlawanan penting sabtu ini kedua-dua pasukan diharap tidak melakukan apa-apa kontroversi yang boleh menggugat keamanan setempat.

Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta'zim (KPBJDT) minta penyokong JDT agar tidak melakukan sebarang provokasi apabila hadir ke stadium pada malam tersebut.


Penyokong JDT Diseru Elak Buat Provaksi Ketika Final Piala Fa 2024



Timbalan Presiden KPBJDT, Mohd Fadzli Sapie berkata kepada harian metro, 

 "Kita hadir ke stadium untuk beri sokongan yang padu buat pasukan JDT dan jangan bertindak di luar batasan seperti melakukan provokasi terhadap penyokong lawan. Sebagai penyokong kita mahu aksi final yang menghiburkan ditampilkan kedua-dua pasukan. 

"Usah terlalu taksub dengan apa yang disebarkan di media sosial, anggap itu sekadar perang psikologi dan sentiasa berfikiran positif malah apa yang diutamakan adalah kita berpegang kepada sukan menyatupadukan semua pihak dan bukan perpecahan. 

 "Saya percaya penyokong JDT sudah matang tatkala kerap ke final, bukan angkuh tapi itulah hakikat kerana kredibiliti pasukan JDT yang mahukan kejayaan dan oleh itu kita sebagai `pemain ke-12' akan memberi sokongan buat skuad Harimau Selatan," katanya. 

 "KPBJDT akan bergabung dengan semua kelab penyokong dari Johor termasuk kelab penyokong di Lembah Klang dan pasti akan menyemarakkan lagi semangat pemain JDT dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala FA sekali gus memburu kejuaraan hatrik," kata Fadzli.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama