Pearly Tan Thinaah Melangkah Ke Separuh Akhir Terbuka Korea 2024

Pearly Tan Thinaah Melangkah Ke Separuh Akhir Terbuka Korea 2024. Satu Kejayaan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia melihat beregu wanita negara akan bermain di separuh akhir korea open 2024 esok.

Dalam perlawanan hari ini, Pasangan beregu wanita negara ini mengalahkan pasangan dari Chinese Taipei dengan keputusan 21-19 dan 21-15.


Pearly Tan Thinaah Melangkah Ke Separuh Akhir Terbuka Korea 2024


Bermain di set pertama, pearly tan dan thinaah dilihat agak berhati-hati dengan permainan lawan dari taiwan itu, Teng Chun Hsun dan Yang Chi Yun. Sehinggakan mereka bermain dengan mata yang dekat dan tidak dapat menjarakkan mata mereka.

Mereka saling bertukar mata atau point dari masa ke semasa. Mujurlah Pearly tan dan Thinaah bijak membaca di penghujung perlawanan untuk memenangi set ini dengan 21-19.

Bersambung di set kedua, Pearly Tan dan Thinaah seakan-akan mendapat kuasa luar biasa apabila mereka berjaya bermain dengan cemerlang dan pada masa yang sama mereka dapat kumpul mata dan menjarakkan dari pemain lawan.

Hasilnya, Pearly tan dan thinaah lebih bermain seimbang dan lebih tenang sehingga habis set kedua. Keputusan set kedua, mereka menang 21-15.

Dengan kemenangan ini, mereka berdua akan bermain di separuh akhir esok dan jika menang mereka bakal layak ke final terbuka korea yang akan berlangsung pada hari ahad ini. Tahniah Pearly tan dan Thinaah.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama