Pearly Tan dan Thinaah Terkandas di Separuh Akhir Olimpik 2024

Pearly Tan dan Thinaah Terkandas di Separuh Akhir Olimpik 2024. Perbezaan ketara kualiti pemain China dan kita sudah dijangka akan menjadi perlawanan sukar buat pemain beregu wanita negara.

Ditambah pula, mereka juga kalah kepada pasangan China di peringkat kumpulan baru-baru ini juga sedikit sebanyak memberi gambaran keupayaan pemain negara menentang pemain tembok besar itu.

Pujian wajib diberikan kepada pearly tan dan thinaah kerana berjuang bermati-matian dalam perlawanan haari ini. Namun rezeki tidak menyebelahi mereka apabila kalah dengan keputusan 12-21,21-18 dan 15-21.


Pearly Tan dan Thinaah Terkandas di Separuh Akhir Olimpik 2024



Di set pertama pearly tan dan thinaah banyak mengikut rentak lawan sehinggakan beberapa kesilapan mudah berlaku. Hasilnya kita kalah 12-21.


Bersambung set kedua, masalah sama masih berlaku di awal set kedua. Namun, Pearly tan dan Thinaah berjaya mengawal keadaan dengan baik danmenyerang dengan sempurna. Hasilnya kita berjaya menyamakan kedudukan.


Keputusan set kedua adalah pearly tan dthinaah menang 21-18.


Di set ketiga bermula dengan hambar apabila terlalu jauh mata pemain China dengan pemain negara menyebabkan mereka sukar mengejar dan nampak keletihan.


Namun, Pearly tan dan thinaah tak putus asa dan terus memburu mata demi mata. Hasilnya kita kalah dengan keputusan 15-21.


Kita masih ada satu lagi perlawanan penentuan pingat gangsa. jadi jangan kecewa dulu! kita terus berjuang!


Tahniah Pearly tan dan Thinaah!

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama