Pearly Tan dan Thinaah Kalahkan Beregu No 2 Dunia!

 Pearly Tan dan Thinaah Kalahkan Beregu No 2 Dunia! Satu kejutan berlaku di Stadium Mokpo Korea selatan apabila jaguh badminton negara mengalahkan wakil tuan rumah sebentar tadi. Ia sekali gus melayakkan mereka beraksi di pentas Final Terbuka Korea Esok.


Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah bermain baik hari ini dan sangat berdisiplin menentang pemain Baik Hana dan juga Lee So Hee. Mereka menang dengan keputusan 21-18 dan 21-13. Kemenangan ini diraikan sekali dengan hari kemerdekaan negara yang tercinta.


Pearly Tan dan Thinaah Kalahkan Beregu No 2 Dunia!



Di Set pertama, Pearly Tan dan Thinaah bermain garang dan pantas. Mereka tidak beri peluang untuk pasangan korea itu mendapatkan mata. Saling bertukar mata menyaksikan mereka berhenti rehat dengan 11-10 sebelum menyambung permainan selepas itu.

Jarak mata yang dekat membuatkan Pearly Tan dan Thinaah lebih berhati-hati dan akhirnya mereka memenangi set pertama dengan keputusan 21-18.

Bersambung set kedua, Jantung peminat badminton Malaysia gugur apabila pasangan korea, Baek Ha Na dan Lee So Hee mudah mendapatkan 4 mata awal menjadikan kedudukan 4-0. Namun lain pula jadinya selepas itu, apabila Pearly dan Thinaah bangkit menyamakan mata mereka.

Selepas itu, rentak permainan mula dikuasai oleh beregu wanita negara dan akhirnya kita menang di set kedua dengan keputusan lebih kemas dan lebih baik iaitu 21-13. Jelas prestasi pemain wanita negara ini semakin hari semakin baik.

Kita harap mereka kekalkan momentum ini seterusnya dapat menghadiahkan kemenangan Korea Open 2024 kepada Rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Negara ke 67. Tahniah Pearly Tan dan Thinaah atas kejaayaan ini !


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama