Nurul Izzah tersingkir dari acara Sprint Wanita Olimpik Paris 2024

Nurul Izzah tersingkir dari acara Sprint Wanita Olimpik Paris 2024. Untuk melihat perjuangan pelumba berbasikal wanita negara ke pusingan seterusnya tidak kesampaian.


Ia berikutan Izzah tersingkir awal dari pusingan kelayakan dan repachage 1/32 awal pagi tadi. Pemain muda negara itu yang baru berusia 20 tahun dilihat tidak dapat melepaskan diri dari kepungan pemain lawan.


Nurul Izzah tersingkir dari acara Sprint Wanita Olimpik Paris 2024



Dan menyebabkan dia tersingkir di kedudukan kedua di belakang pelumba Kanada Lauriane Genest, dengan catatan masa lewat 0.059 saat (s).

Namun kedudukan Izzah di tempat kedua pusingan itu di hadapan pelumba jepun Riyu Ohta. Namun tetap tidak boleh meneruskan cabaran apa bila hanya juara sahaja yang boleh layak ke pusingan seterusnya.

Kekalahan ini menyaksikan Nurul Izzah menamatkan aksinya di Olimpik Paris tanpa pingat. Namun pengalaman pertama ini pasti akan menjadi batu loncatan buat atlet muda negara kita ini.

Syabas dan Tahniah Izzah!


0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم