Mereka Masih ada Satu Perlawanan- Rexy

Mereka Masih ada Satu Perlawanan- Rexy. Menjelang perlawanan penentuan pingat gangsa hari ini melibatkan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di lihat masih fokus untuk menang.

Baru-baru ini pasangan beregu lelaki negara kalah di tangan pemain no 1 dunia yang menyebabkan mereka gagal ke final olimpik paris 2024.

Hari ini, mereka akan bertemu dengan pasangan Denmark kim astrup dan anders skaarup rasmussen yang merupakan pilihan kedua kejohanan.


Mereka Masih ada Satu Perlawanan- Rexy



Ditambah pula mereka juga hanya menang 7 perlawanan menentang pasangan itu dalam 11 pertemuan sebelum ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata : 

"Mereka memberikan persaingan yang cukup sengit dan positif kepada beregu China. Walaupun tewas tetapi mereka masih ada satu lagi perlawanan iaitu penentuan gangsa. Saya harap mereka terus kekal fokus bagi beraksi dalam perlawanan itu," katanya.

"Kami jurulatih akan terus memberikan semangat untuk mereka supaya dapat memenangi gangsa dalam Olimpik kali ini," kata Rexy.

Kita harap aaron chia dan soh wooi yik terus fokus dalam perlawanan ini dan kekalkan kemenangan mereka iaitu pingat gangsa seperti yang mereka menang ketika di olimpik tokyo yang lalu.

Ayuh bangkit Aaron chia dan soh wooi yik! 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama