Lupakan Kekalahan, Ada satu lagi perlawanan - Thinaah

Lupakan Kekalahan, Ada satu lagi perlawanan - Thinaah. Itulah yang diluahkan pemain beregu wanita negara selepas kalah kepada pemain China dan tidak dapat ke final olimpik paris 2024.

Namun begitu, Pearly Tan dan Thinaah masih berpeluang untuk menadapatkan pingat hari ini jika mereka mengalahkan pemain jepun dalam penentuan pingat gangsa.

Mereka akan turun menentang pilihan keempat dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.


Lupakan Kekalahan, Ada satu lagi perlawanan - Thinaah


Thinaah berkata: 


"Kekalahan ini perlu segera dilupakan. Masih ada satu lagi perlawanan, kami mahu menikmati setiap peluang dan detik di Olimpik.


"Kami percaya antara satu sama lain sejak hari pertama. Kami akan beri segalanya untuk perlawanan esok," kata Thinaah.


Pearly tan pula berkata mereka tidak putus asa dalam perlawanan sebelum ini dan terus melawan musuh.


"Kami tak mengalah walaupun ketinggalan kami fikir masih boleh melawan untuk menang. Kami tak mahu menyerah kalah awal. Kami mahu berjuang untuk semua orang yang kami sayang," kata Pearly.

Kita doakan agara Pearly tan dan thinaah boleh dan berjaya mengalahkan beregu jepun hari ini dan memberi pingat sulung kepada kontinjen negara di sukan Olimpik Paris 2024 ini!

0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم