LEE ZII JIA TERKANDAS DI SEPARUH AKHIR OLIMPIK PARIS 2024

 LEE ZII JIA TERKANDAS DI SEPARUH AKHIR OLIMPIK PARIS 2024. Agak menyedihkan bila melihat satu lagi wakil negara terkandas di separuh akhir badminton olimpik Paris 2024.

Kekalahan sebentar tadi cukup menyakitkan buat peminat badminton Malaysia apabila harapan untuk melihat pemain perseorangan lelaki negara ke final musnah.

Dalam perlawanan ini lee zii jia kalah kepada pemain thailand Kunlavut vitidsarn dengan keputusan 21-14 dan 21-15.


LEE ZII JIA TERKANDAS DI SEPARUH AKHIR OLIMPIK PARIS 2024



Di set pertama, kita lihat dengan jelas yang Vitidsarn mendominasi perlawanan ini dari awal sampai habis. Malah permainan atau gameplay yang tidak digemari oleh lee zii jia juga di mainkan vitidsarn.

Mahu tak mahu, lee zii jia perlu bermain dengan gameplay yang dia tak suka dan hasilnya kita kalah dengan jurang yang banyak iaitu dengan keputusan 14-21.

bersambung di set kedua, rata-rata peminat mengharapkan lee zii jia bangkit di set kedua tetapi skrip masih sama.

Vitidsarn masih mendominasi perlawanan sehingga mata akhir yang dia perolehi. Lee Zii Jia nampak lemas dalam permainan kali ini berbanding menentang Antonsen semalam.

Hasilnya Lee Zii Jia kalah dengan keputusan 21-15.

Esok menanti lee zii jia adalah peman di antara Lakshya ataupun Axelsen di perebutan pingat gangsa. Come On Lee Zii Jia! kami yakin anda dapat menyumbang pingat kepada kontinjen negara kali ini!!

Anda pasti boleh!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama