Lee Zii Jia Lakar Sejarah Peribadi Rangkul Gangsa Di Olimpik Paris 2024

 Lee Zii Jia Lakar Sejarah Peribadi Rangkul Gangsa Di Olimpik Paris 2024. Tahniah kami ucapkan buat pemain perseorangan lelaki negara, lee zii jia atas kejaayaan ini.


Anak jadi kelahiran Kedah itu mengharumkan nama Malaysia dengan mengalah bintang India dengan keputusan 13-21,  21-16 dan 21- 11.

Di set pertama Lee Zii Jia bermain dengan sangat tidak stabil apabila banyak asakan oemain India itu tidak dapat dikawal dengan baik. Hasilnya kita kalah dengan keputusan 13-21.


Lee Zii Jia Lakar Sejarah Peribadi Rangkul Gangsa Di Olimpik Paris 2024



Bermain di set kedua, Lee Zii Jia lebih baik daripada set pertama. Dia mula berkeyakinan dan mendominasi perlawanan. Banyak gameplay yang cuba di bawa lakshya sen tidak mempengaruhi zii jia.

Ditambah pula, lee zii jia semakin bijak membaca permainan dan tidak melayan bola-bola tinggi yang diberikan oleh lawan. Hasilnya lee zii jia menang dengan 21-16.

Bersambung set ketiga. perlawanan banyak terhenti kerana Lakshya sen cedera di siku dan perlu mendapatkan rawatan. Lee Zii Jia pula mempunyai waktu yang cukup untuk berehat dan kemudian menggunakannya untuk menyerang pemain India itu.

Lee zii jia juga bijak menjarakkan mata dengan Lakshya dan hasilnya Lee Zii Jia menang dengan keputusan 21-11.

Tahniah diucapkan buat lee zii jia atas kejayaan ini! Sungguh Rakyat Malaysia berbangga dengan anda!!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama