LEE ZII JIA CIPTA SEJARAH KALAHKAN PEMAIN NO 4 DUNIA!

 LEE ZII JIA CIPTA SEJARAH KALAHKAN PEMAIN NO 4 DUNIA! Peluang untuk mendapatkan pingat emas semakin terbuka untuk pemain perseorangan lelaki negara.


Kini Lee Zii Jia akan bermain di Semi Final Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mengalahkan Anders Antonsen dengan straight set dalam perlawanan awal pagi tadi.

Sejarah baru bagi lee zii jia apabila edisi sebelum ini di Tokyo dia hanya layak ke pusingan kalah mati sahaja dan kini dia layak ke semi final!


LEE ZII JIA CIPTA SEJARAH KALAHKAN PEMAIN NO 4 DUNIA!



Lee Zii jia yang mengatakan lawan anders antonsen merupakan perlawanan sukar namun dia dilihat tenang mengalahkan pemain Denmark tersebut.

Keputusan perlawanan lee zii jia menang 21-17 dan 21-15.

Diset pertama kita lihat permainan lee zii jia yang sangat tenang dan tidak banyak melakukan keselahan. Dia juga berjaya menjarakkan mata dengan antonsen. Hasilnya dia menang 21-17.

Bersambung set kedua, lee zii jia dilihat lebih fokus dan mahu menghabiskan permainan dengan sempurna. Dia tidak buat banyak salah dan pada masa yang sama bertahan dengan baik.

Dia juga membuatkan Antonsen mati akal untuk menentukan taktikal baru bagi mengalahkkannya. Hasilnya lee zii jia menang 21-15.

Tahniah buat Lee Zii Jia!! Lee Zii jia akan menentang Vitidsarn dari thailand pada hari ahad ini.

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama