JDT Hanya Mahu Menang, Tak Fikir Banyak Gol

JDT Hanya Mahu Menang, Tak Fikir Banyak Gol. Itu yang diluahkan oleh jurulatih Johor iaitu Hector Bidoglio selepas kemenangan besar keatas pasukan Selangor FC semalam. Hector menjadi tunjang utama pasukan Johor membawa pulang Piala FA kali ini dan lebih manis pasukannya membelasah Selangor FC dengan jaringan 6-1.


Jumlah jaringan yang besar itu menunjukkan pasukan JDT sangat baik dalam taktikal malah ia membuatkan pasukan lawan sukar menembusi benteng pertahanan JDT. Seterusnya memberi kemenangan piala fa 2024 kepada mereka.


JDT Hanya Mahu Menang, Tak Fikir Banyak Gol



Jurulatih dari Argentina itu berkata :


"Dalam fikiran saya, saya hanya berfikir untuk memenangi perlawanan tanpa mengira jumlah jaringan. Saya tidak ada keraguan kerana saya percaya 100 peratus kepada pemain, ketua pasukan serta pasukan saya.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan saya. Bagi saya, keputusan hari ini sangat baik dan menggembirakan semua orang,"katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dengan kemenangan ini, pasukan JDT terus menambah koleksi piala mereka dan ini merupakan piala fa ketiga mereka berturut-turut tau.

Selepas mereka memenanginya juga pada tahun 2022 dan 2023 yang lalu. Jadi Tahniah diucapkan kepada semua pemain JDT atas kejayaan ini. Begitu juga untuk barisan jurulatih yang tak berhenti membantu para pemain untuk menjulang piala fa ini.

Tahniah! 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama