GOH SZE FEI DAN NUR IZZUDDIN JUARA JAPAN OPEN 2024

GOH SZE FEI DAN NUR IZZUDDIN JUARA JAPAN OPEN 2024. Pagi ini mendapat berita gembira apabila wakil negara di final terbuka jepun mendapat kemenangan! Lebih Manis apabila mereka merupakan juara bagi edisi kali ini.


Dalam perlawanan sebentar tadi, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mengalahkan pasangan daripada korea, KANG MIN HYUK dan SEO SEUNG JAE dengan straight sahaja. Keputusannya pula adalah 21-19 dan 21-15.


GOH SZE FEI DAN NUR IZZUDDIN JUARA JAPAN OPEN 2024



Di set pertama kedua-dua pasukan bermain agak baik dan saling menyerang. Namun rezeki menjadi milik Goh Sze fei dan nur izzuddin apabila mereka berjaya mengalahkan pasangan korea itu dengan keputusan 21-19.

Bersambung di set kedua, pasangan negara tak kasi chance langsung untuk pasangan korea bangkit. Mereka terus menyerang dan berjaya menjarakkan mata. 

Banyak peluang-peluang terhidang di manfaatkan dengan sempurna dan akhirnya mereka memenangi set kedua dengan keputusan 21-15. Ini merupakan kejuaraan pertama mereka selepas rehat panjang kerana aksi sukan olimpik paris baru-baru ini.


Walaupun tidak bermain di Olimpik, mereka berjaya memenangi pertandingan bertarah super 750 hari ini. Tahniah diucapkan kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin atas prestasi cemerlang ini. Jangan lupa! Selasa ini terbuka korea selatan pula akan berlangsung. 

Ayuh teruskan beri sokongan kepada atlet negara dalam pusingan kali ini. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama