Buat Yang Terbaik di kejohanan Terakhir
Buat Yang Terbaik di kejohanan Terakhir. Bagi yang tak tahu, korea open merupakan kejohanan terakhir untuk Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin beraksi di bawah bimbingan Persatuan Badminton Malaysia.
Mulai 1 September 2024, mereka akan bergerak dengan status solo atau professional selepas itu. Dalam bahasa mudah, mereka akan bergerak sendiri seperti yang dilakukan oleh pemain badminton no 1 negara, Lee Zii Jia yang sudah keluar dari BAM.
Jurulatih mereka Tan Bin Shen berkata : "Saya tidak boleh katakan saya sedih melihat mereka meninggalkan pasukan kebangsaan.
"Cuma sayang kerana saya tidak dapat memainkan peranan dalam kemajuan kerjaya mereka pada masa mereka sedang meningkat selepas melalui pelbagai cabaran," katanya.
"Saya hanya mengucapkan yang terbaik dan berharap mereka terus bekerja keras untuk mencapai impian mereka," katanya.
Sementara itu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula melakukan perkara berbeza apabila menyambung kontrak mereka sehingga olimpik LA 2028 nanti bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Ini menyaksikan mereka terus menjadi atlet dibawah naungan badan induk badminton negara.
--
Kita sebagai peminat mendoakan agar prestasi kedua-dua mereka bermain secara professional bakal meningkat mendadak memandangkan itu pilihan mereka.
Kita juga mengharapkan mereka tidak hilang dari radar selepas bergerak sebagai pemain professional memandangkan tiada lagi latihan keras seperti diterapkan di dalam BAM.
Apa-apa pun kami mendoakan kejayaan anda di luar sana dan kami akan sentiasa menyokong anda atas nama Malaysia! Good Luck Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.
Post a Comment