Belum Tahu Lagi Keputusan

Belum Tahu Lagi Keputusan. Desas desus mengenai pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang ingin mengangkat kaki dari badan induk badminton malaysia masih belum terjawab.

Goh Sze Fei dan Nur Izzudiin dikatakan telah membuat permohonan untuk keluar dari BAM dan bergerak secara professional seperti Lee Zii Jia.


Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, 

"Kami tidak boleh beritahu apa-apa kerana belum tahu lagi segala keputusan. Kami perlu duduk untuk membincangkan segala-galanya.


Belum Tahu Lagi Keputusan



"Kemudian segala hasil perbincangan akan dikemukakan kepada ahli majlis bagi mendapatkan kelulusan," katanya 


"Mereka masih berlatih seperti biasa di sini dan akan sertai Terbuka Jepun dan Korea," katanya.

--

Jadi kita masih tunggu jawapan mengenai perkara ini dan dijangka selepas terbuka jepun dan korea kot sebab dua tournament diorang tidak balik dan kekal di sana.

Kita harap keputusan yang dibuat tepat dan jangan pula dah keluar lepas tu nak masuk balik. Perancangan kena ada dan pastikan ia win-win situation.


0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama