Header Ads

Bangga! Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Buat Malaysia

 Bangga! Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Buat Malaysia. Semalam menyaksikan psangan beregu lelaki negara memberi hadiah bermakna buat Malaysia apabila mengalahkan pemain beregu denmark.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 3 set itu menyaksikan Aaron Chia dan Wooi Yik mengalahkan pasangan Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dengan keputusan 16-21, 22-20 dan 21-19.


Bangga! Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Hadiahkan Pingat Gangsa Buat Malaysia



Di set pertama kita lihat aaron chia gagal menyaingi kehebatan pemain no 4 pilihan kejohanan itu sehinggakan mereka dipisahkan dengan jarak mata yang banyak.

Keputusan set pertama adalah 16-21.

Bersambung di set kedua, di peringkat awal permainan Aaron chia dan soh wooi yik masih mencari rentak namun ketika nak habis set, barulah kita lihat kebangkitan dramatik beregu lelaki negara.

Hasilnya mereka mengejar rapat pemain denmark tersebut dan memperoleh keputusan 22-20.

Di set ketiga, saingan makin sengit apabila kedua-dua negara saling bertukar mata antara satu sama lain. Namun di penghujung set, Aaron chia dan wooi yik tenang  dan fokus mencuri mata dan menjarakkan mata antara mereka.

Hasilnya, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menang dengan keputusan 21-19.

Tahniah diucapkan buat aaron chia dan soh wooi yik atas kejaayaan mengekalkan rekod pingat mereka ketika di tokyo 4 tahun lalu dan kini mereka tetap dengan pingat yang sama di Paris pula. 

Sementara itu beregu lelaki chinese taipei memenangi pingat emas apabila mengalahkan pemain china di final semalam.




Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.