Aaron Chia Soh Wooi Yik Dapat Hadiah Kereta

Aaron Chia Soh Wooi Yik Dapat Hadiah Kereta. Pasangan beregu lelaki negara semalam mendapat hadiah berupa sebuah kereta Cherry.

Ia merupakan hadiah kemenangan yang diperoleh mereka selepas membawa pulang pingat gangsa dari sukan Olimpik Paris 2024 yang lalu.


Aaron Chia Soh Wooi Yik Dapat Hadiah Kereta



Soh Wooi Yik berkata : 


"Saya rasa akan memberikan kereta ini kepada ayah saya sebagai tanda penghargaan saya kepada keluarga yang telah menjaga saya dengan baik selama ini.


"Tanpa mereka, saya tidak akan mampu berjaya sehingga ke pentas Olimpik ini.


"Ini kali pertama dalam hidup saya hendak berikan hadiah kereta kepada ayah saya dan ia paling besar saya pernah beri kepada mereka kerana sebelum ini saya hanya berikan beg dan dompet sahaja.


"Sebelum ini ayah saya ada bertanya tentang kereta ini, tetapi saya belum beritahu dia kerana saya mahu memberi kejutan kepada dia," katanya.


Tahniah kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas kejayaan membawa pingat kepada Malaysia di sukan olimpik paris 2024 yang lalu.


Ayuh teruskan usaha dan buru kemenangan di kejohanan-kejohanan yang lain!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama