Tiada Pemain Sabah Angkat Kaki
Tiada Pemain Sabah Angkat Kaki. Selepas berlegar desas-sesus mengenai ramai pemain mereka bakal angkat kaki tidak lama lagi. pengurus pasukan Sabah tampil beri penjelasan.
Ia berikutan Ramon Machado yang menarik diri daripada pasukan Sabah baru-baru ini. Jadi peminat-peminat Sabah mula risau mengenai perkara ini.
Pengurus Sabah, Rafie Robert berkata:
"Betul, selepas selesainya isu tunggakan gaji itu, timbul pula isu pemain mahu keluar. Saya boleh jawab di peringkat saya saja, di peringkat pasukan, mungkin jawapan Datuk Ong juga sama.
"Setakat ini kita tidak mendengar apa-apa permintaan ataupun tawaran daripada mana-mana kelab lain untuk membawa pemain kita keluar.
"Jadi, saya tidak boleh jawab lebih sebab perkara itu tidak sampai ke makluman kami di pihak pengurusan kelab. Jadi, saya beranggapan itu adalah khabar angin," katanya.
Kita harap jawapan ini dapat melegakan perasaan para peminat pasukan Sabah. Pada masa yang sama dapat memberi kelegaan dan ketenangan kepada para pemain untuk berjuang demi pasukan.
Good luck sabah!
Post a Comment