TERKINI! AFC Buka Kertas Siasatan Ke Atas Liga Malaysia.
TERKINI! AFC Buka Kertas Siasatan Ke Atas Liga Malaysia. Ia sesuatu yang mengejutkan apabila mengetahui perkara ini dan pasti akan ada sinar baru untuk liga Malaysia.
Perkara ini dilaporkan oleh Astro Arena yang mendapatkan jawapan dari Setiausaha Agong AFC, Datuk Seri Windsor John.
Setiausaha Agong AFC itu berkata :
"Fail siasatan sudah pun dibuka dan langkah seterusnya, kami akan menghubungi MFL dan FAM untuk memulakan perbincangan bersama Jabatan Pelesenan Kelab yang akan memantau dan melihat proses pemberian lesen," kata.
"Selepas maklumat itu dikumpul, kami akan membuat keputusan melalui jawatankuasa yang kami ada," katanya.
baca juga : Hamidin jumpa Pau Marti di Sepanyol.
"Kesan yang paling berat ialah tiada wakil yang boleh kami terima kerana kuasa mereka (FAM dan MFL) untuk memberikan lesen ditarik balik oleh kami memandangkan terdapat masalah dalam proses pemberian lesen.
"Kalau langgar kena hukum, kerana kami memiliki ketetapan. Tak kan satu negara kena dan satu negara tak kena. Hukumannya akan tetap ada.
"Jadi, kami perlu melihat dahulu sama ada mereka ada melanggar peraturan atau tidak," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi juga mengalu alukan siasatan dari AFC dalam satu jawapan ringkas kepada wartawan astro arena, Fina Nasrom.
"Saya mengalu-alukan apa jua tindakan AFC kerana saya fikir tindakan itu dibuat bagi memastikan liga kita berjalan dengan baik.
"Untuk perkara ini, saya hanya boleh katakan kami (FAM) bersikap terbuka kerana bagi saya, ia untuk melihat jika liga kita ini ada kecacatan atau kelemahan dan tentu sekali ia boleh memperbaiki keadaan yang ada," katanya.
ISU-ISU LIGA MALAYSIA 2024
1. Isu Gaji Pemain.
Beberapa pasukan dalam liga kita mempunyai masalah gaji dan ia sedikit sebanyak membuka mata AFC untuk membuat pemantauan.
2. Isu KL City.
Walaupun mempunyai tunggakan dengan KWSP sejak Februari 2023, pasukan itu tetap menerima pelesenan daripada MFL dan ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Ada pasukan tidak diberikan peluang untuk 'hidup' manakala ada pasukan diebri ruang sebebasnya untuk hidup dalam liga malaysia.
Risiko jika didapati bersalah.
susulan afc buka kertas siasatan ke atas liga Malaysia ini adalah mungkin liga kita akan digantung seterusnya tiada wakil dari Malaysia yang akan bermain di kejohanan anjuran AFC untuk tahun ini.
Tapi apa-apa pun ia masih dalam siasatan dan kena terima jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. memang sekarang ni pun nampak pelik sikit liga kita kan.
Jadi kita harap siasatan dilakukan oleh AFC dapat merungkai lompong-lompong dalam pengurusan liga malaysia.
Post a Comment