Terengganu Tempang Lawan JDT

Terengganu Tempang Lawan JDT. Status dua pemain pinjaman, Akhyar Rashid dan juga Safawi menjadi faktor kenapa TFC agak tempang bertemu tuan rumah JDT malam ini.

Kedua-dua pemain itu tidak dapat diturunkan selepas terikat dengan perjanjian pinjaman pemain yang tidak membenarkan mereka bermain menentang pasukan asal mereka.

Namun begitu, iabukan alasan untuk pasukan itu memandang ramai pemain muda berkualiti dalam pasukan tersebut untuk ketengahkan.

Ketua jurulatih Terengganu FC,  Tomislav Steinbruckner berkata:


Terengganu Tempang Lawan JDT



"Saya tidak begitu bimbang tanpa dua pemain itu (Safawi, Akhyar) kerana kami mempunyai beberapa lagi pemain mampu mengisi kekosongan ditinggalkan mereka.


"Berkemungkinan besar saya akan menyenaraikan penyerang muda, Engku Muhammad Nur Syakir Engku Yacob dan pemain sayap, Nor Hakim Hassan.


"Saya harap pemain diturunkan nanti mampu menyajikan aksi terbaik dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata kerana sedar kekuatan pasukan lawan.


"Pada masa sama saya juga harapkan mereka mampu mengekalkan kekuatan mental dan fizikal serta berani beraksi mengikut perancangan kami," ujar Steinbruckner.

Perlawanan ini penting untuk terengganu FC bagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan liga super 2024 setakat 4 perlawanan ini.

Mampukah Terengganu mengalahkan JDT pada malam ini?

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama