Sony Norde Yakin Sekat JDT

Sony Norde Yakin Sekat JDT.  Menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Fa yang akan berlangsung pada malam ini tumpuan pasti terarah ke Stadium Darul Aman.

Pasukan tuan rumah, Kedah akan menerima kunjungan pasukan JDT bagi perlawanan separuh akhir pertama. Pasti perlawanan menarik ini bakal menyajikan aksi terbaik kedua-dua pasukan.


Sony Norde Yakin Sekat JDT



Kapten pasukan Kedah Darul Aman, Sony Norde berkata dia yakin dengan taktikal jurulatih Nafuzi zain yang mampu menyekat kemaraan pasukan gergasi seperti JDT.

Norde berkata :  


"Kini kami mahu meneruskan impian dalam saingan Piala FA dan mahu terus berjuang sebaik mungkin pada peringkat separuh akhir pula.

"Kami akan menentang pasukan serba lengkap JDT yang kami dan semua penyokong jangkakan ia cukup mencabar.



"Semua pemain perlu bersedia pada tahap terbaik bersandarkan persiapan kami dan tunjukkan kemampuan sebenar apabila sampai ke tahap separuh akhir ini.


"Berbekalkan keazaman tinggi dan percaturan jurulatih diharap kami laksanakan dengan teratur sepanjang 90 minit perlawanan di hadapan penyokong sendiri," katanya.


Perlawanan ini sangat penting buat pasukan Kedah kerana bermain di hadapan penyokong sendiri bakal menaikkan semangat mereka seterusnya mampu mencipta kemenangan.


Pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan malam ini? 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama