Saya rasa Spain adalah pasukan terbaik- Gareth Southgate

Saya rasa Spain adalah pasukan terbaik- Gareth Southgate. Walaupun kalah, jurulatih pasukan England itu tetap memuji pasukan lawan mereka yang mengalahkan mereka.


Jurulatih England, Gareth Southgate mengatakan pasukan Spain lebih baik berbanding pasukan nya sendiri dalam perlawanan ini.


Statistik perlawanan >> England kalah sebab ini.


Southgate dua kali membawa england ke final euro berkata:


Saya rasa Spain adalah pasukan terbaik- Gareth Southgate



"Seperti biasa dalam perlawanan seperti ini, ia membabitkan perbezaan yang tipis. Tetapi saya rasa mereka adalah pasukan terbaik dalam kejohanan ini dan secara keseluruhan mereka layak untuk menang.


"Kami bersaing hingga ke penghujung final. Saya rasa hari ini kami tidak dapat mengekalkan penguasaan bola dengan cukup baik," kata Southgate selepas Sepanyol menguasai perlawanan dengan 63 peratus penguasaan bola dan mengatasi England dalam banyak tempoh permainan.



"Mereka menekan dengan sangat baik dan kita perlu keluar dari tekanan itu tetapi kami tidak dapat melakukannya dan akhirnya ia memberi mereka lebih banyak kawalan dalam permainan, yang boleh melemahkan kami sedikit.



"Bagaimanapun, kami masih berada dalam perlawanan ketika kami menyamakan kedudukan, jadi permainan masih terbuka," kata Southgate


"Ini akan mengambil masa untuk menilai semua aspek sebenar," katanya, mengakui prestasi kurang memuaskan kapten, Harry Kane yang kurang tajam dan dikeluarkan.


"Secara fizikal, ia tempoh yang sukar bagi dia. Dia datang dengan kekurangan permainan dan tidak mencapai tahap yang kami semua harapkan," tambah Southgate.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama