Sabah Mudah Kalahkan Negeri Sembilan

Sabah Mudah Kalahkan Negeri Sembilan dalam satu perlawanan liga super yang keenam yang berlangsung di stadium likas semalam.

Pasukan The Rhinos itu menang 2-0 keatas pasukan pelawat negeri sembilan. Dua gol dijaringkan pada minit ke 13 menerusi pemain pertahanan, Daniel Ting.

Ting yang mendapat hantaran cantik dari rakan sepasukan Telmo Castanheira terus menyempurnakan hantaran itu dengan menghasilkan gol tersebut.


Sabah Mudah Kalahkan Negeri Sembilan



Kemudian, Sabah mendapat penalti di minit ke 80 perlawanan. Jafri Firdaus Chew mengambil dan  menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kedua pasukan sabah. 

Punca penalti diberikan adalah selepas Telmo Castanheira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Negeri sembilan yang hadir ke sabah dengan status pasukan yang mengalahkan sri pahang dalam perlawanan sebelumnya dilihat longlai dikuasai pasukan tuan rumah.

Ini juga melihatkan pasukan itu tidak konsisten walaupun sudah mengalahkan pasukan kuat seperti sri pahang namun tidak diteruskan dalam perlawanan seterusnya.

Sabah kini mendaki ke tangga kedua liga dibelakang JDT. Manakala Selangor pula di bawah sabah dengan perbezaan hanya 2 mata sahaja.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama