Penang Menang, Tamat Kemarau Kemenangan

Penang Menang, Tamat Kemarau Kemenangan. Sudah lama tak nampak pasukan pulau pinang mendapat kemenangan dalam liga super.

Namun, semalam kemarau kemenangan itu terhapus apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan Perak dengan jaringan 2-0 di tempat lawan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Perak itu menyaksikan anak buat Akmal Rizal membuka jaringan menerusi pemain import mereka.


Penang Menang, Tamat Kemarau Kemenangan



Neto Oliviera menjaringkan gol meenrusi sepakan percuma yang diambilnya itu. Gol itu dijaringkan ketika masa tambahan sebelum rehat masa pertama.

Perak nekad terus bangkit namun masih gagal mendapatkan gol penyamaan.

Namun, Penang pula mendapat gol kedua mereka dan kali ini juga dan kali ini gol terhasil menerusi pemain muda mereka Alif Ikmalrizal pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Keputusan akhir, Perak 0 - 2 Penang.

Penang mendaki tangga ke tujuh selepas kemenangan ini. Manakala Perak FC pula masih kekal di tangga ke 11 kedudukan dalam liga super setakat 5 perlawanan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama