Pearly Tan Dan Thinaah Tutup Mulut Pengkritik!

 Pearly Tan Dan Thinaah Tutup Mulut Pengkritik! Disebalik keraguan yang dilontarkan buat pasangan beregu wanita negara ini, namun mereka membalas dengan kejayaan.

Terbaru, Pearly tan dan Thinaah layak ke pusingan kalah mati olimpik paris 2024 selepas mengalahkan pasangan Indonesia Apriyani Rahayu dan juga siti fadia silva.


Pearly Tan Dan Thinaah Tutup Mulut Pengkritik!

Mereka menang dengan keputusan 21-18 dan 21-9. Diset pertama walaupun dilihat seperti Indonesia mahu memenangi perlawanan ini, tetapi sebaliknya.

Pearly tan dan thinaah lebih bersemangat dan kurang melakukan kesilapan dan hasilnya kita menang dengan keputusan 21-18.

Di set kedua, Indonesia bagaikan sudah menyerah kalah apabila pasangan itu, apriyani rahayu dan juga siti fadia silva seakan-akan merelakan kemenangan untuk pearly tan dan thinaah.

Hasilnya kita menang dengan keputusan 21-9 yang menyaksikan skuad negara layak ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tahniah buat Pearly tan dan Thinaah. walaupun ramai yang risau dengan mereka disebabkan prestasi tidak menentu. Namun ketekunan dan semangat yang kuat membuahkan hasil.

Kita teruskan rentak kemenangan ini supaya dapat melangkah ke final olimpik paris 2024.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama