Pearly Tan dan M Thinaah Cari Rentak Permainan
Pearly Tan dan M Thinaah Cari Rentak Permainan. Menjelang aksi pertama sukan olimpik pada 27 Julai nanti, Skuad badminton negara bakal berlepas ke Paris untuk membuat persediaan awal.
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mendedahkan yang mereka kini dalam persediaan dan mencari rentak permainan mereka.
Mengambil pengalaman terakhir mereka di Indonesia Open yang lalu, Pearly tan berkata ;
"Jadi semasa waktu latihan ini, kita sedang cari keyakinan dan cara bermain (seperti di Terbuka Indonesia 2024). Persediaan setakat ini adalah bagus kerana kami beri sepenuhnya semasa latihan dan berjuang untuk Olimpik," katanya
Thinaah juga memberi pendapatnya dengan berkata :
"Kedua-dua pasangan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Saya fikir cabaran sebenar adalah apabila bertemu mereka di gelanggang dan sekarang kami hanya mahu fokus mata demi mata dan pergerakan (semasa di Olimpik)," katanya.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata;
"Sejak London 2012 dan seterusnya, tekanan tidak sama seperti di Olimpik 1992 kerana dahulu sudah tahu siapa calon kuat yang akan menjadi juara.
"Namun kali ini semuanya agak sama bukan sahaja China, Jepun, Korea Selatan mahupun Malaysia, malah pemain perseorangan lelaki dari Guatemala, Kevin Gordon mampu mara ke separuh akhir di Tokyo 2020, jadi kesemuanya bergantung kepada bagaimana pemain itu menangani tekanan masing-masing," katanya.
Semoga skuad negara dapat membawa pulang pingat emas dalam acara badminton nanti.
Post a Comment