Olise, Mateta dan Lacazette Sertai Skuad Bola Sepak Perancis di Olimpik 2024

Olise, Mateta dan Lacazette Sertai Skuad Bola Sepak Perancis di Olimpik 2024. Teka teki mengenai siapa pemain senior perancis yang bakal bermain di Sukan Olimpik terjawab sudah. 


Jurulatih pasukan mereka, Thierry Henry menyenaraikan pemain-pemain yang akan beraksi termasuklah dua pemain senior yang dipanggil iaitu penyerang veteran Lyon, Alexandre Lacazette, dan pemain baru Bayern Munich, Michael Olise.


Ramai pemerhati bola sepak ingin melihat Kylian Mbappe di sukan itu, namun pemain itu pun sudah mengesahkan sebelum ini yang dia tidak bermain di Olimpik kerana baru berpindah ke real madrid.


Olise, Mateta dan Lacazette Sertai Skuad Bola Sepak Perancis di Olimpik 2024



Nama lain yang dikaitkan memenuhi kuota pemain senior di sukan olimpik perancis sebelum ini adalah Griezmann juga tidak dipanggil untuk skuad kali ini.


Kylian Mbappe mengumumkan bulan lalu bahawa dia tidak akan bermain dalam kejohanan itu selepas perpindahan ke Real Madrid, dengan kelab tidak diwajibkan melepaskan pemain untuk Sukan Olimpik.



Penyerang Lyon, Rayan Cherki, dan penyerang Rennes, Arnaud Kalimuendo, turut dipilih bersama dengan penyerang Crystal Palace, Jean Philippe Mateta, yang juga salah satu dari tiga pemain dibenarkan berumur lebih dari 23 tahun dalam skuad.


Olise, Mateta dan Lacazette Sertai Skuad Bola Sepak Perancis di Olimpik 2024


Perancis akan menentang Amerika Syarikat dalam perlawanan pembukaan mereka pada 25 Julai di Marseille.


Mereka juga akan berdepan dengan Guinea dan New Zealand dalam Kumpulan A.





Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama