Malaysia U19 Perlu Buktikan Mereka Yang Terbaik

Malaysia U19 Perlu Buktikan Mereka Yang Terbaik. Menjelang kejohanan AFF U19 yang akan berlangsung di Surabaya Indonesia tidak lama lagi. Skuad negara sudah pun menjalani latihan pusat untuk kejohanan ini.


Aff u19 surabaya akan berlangsung mulai 17 Julai sehingga 29 julai ini dan pasti sasaran kita untuk merangkul kejuaraan di rantau asean ini.


Malaysia juga merupakan juara bertahan yang memenangi kejohanan AFF U19 dan status itu agak memberi tekanan buat pasukan negara.


Malaysia U19 Perlu Buktikan Mereka Yang Terbaik



Jurulatih negara Juan Torres Garrido berkata;


"Saya boleh katakan barisan pemain yang ada ketika ini tidak sama seperti edisi terdahulu. Rata-rata mereka adalah baharu bersama pasukan.


"Oleh itu, mereka perlu buktikan bahawa adalah yang terbaik sekali gus mampu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini," katanya,


Pasukan negara diundi dalam kumpulan C bersama dengan pasukan Thailand, Singapura dan juga Brunei.


Mampukah skuad negara memenangi perlawanan dan seterusnya mengekalkan kejuaraan piala AFF bawah 19 nanti? 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama