Header Ads

Malaysia U19 Diikat Kemboja U19

Malaysia U19 Diikat Kemboja U19. Walaupun ia satu perlawanan latihan tetapi ia tetap mengecewakan peminat bola sepak negara.

Semalam, Skuad bawah 19 tahun negara melakukan satu perlawanan latihan menentang pasukan kemboja di Stadium Uitm Shah aLAM.


Malaysia U19 Diikat Kemboja U19


Hasilnya, skuad negara terikat 2-2 dalam perlawanan tersebut. Bagi anda yang tidak tahu, perlawanan ini merupakan aksi pemanas badan sebelum pasukan negara beraksi di AFF U19 yang berlangsung di Surabaya Indonesia bulan hadapan.

Malaysia akan bermain sebagai juara bertahan untuk kejohanan itu nanti. Perlawanan pertama melibatkan skuad bimbingan Juan Torres Garrido adalah menentang Brunei pada 19 Julai.

Kemudian menentang Singapura pada 22 Julai dan perlawanan terakhir menentang Thailand pada 25 julai ini. 

Mampukah skuad negara mengekalkan kejuaraan ini buat kali kedua? atau badi juara akan menghantui pasukan ini nanti?

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.