Header Ads

Malaysia U19 belasah Kemboja U19

Malaysia U19 belasah Kemboja U19. Selepas perlawanan pertama baru-baru ini berkesudahan dengan keputusan seri sahaja sehingga menimbulkan kegusaran di dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ia mengenai sejauh mana skuad bawah 19 ini mampu mengekalkan kejuaraan AFF U19 yang akan berlangsung di Surabaya, Indonesia.

Dalam perlawanan baru-baru ini, skuad negara menang keatas kemboja u19 dengan jaringan 4-2. Gol perlawanan ini dijaringkan oleh Danish Hakimi Salahudin dan Muhammad Arami Wafiy Mohamad Zakimi masing-masing pada minit ke-13 dan 25.


Malaysia U19 belasah Kemboja U19



Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila skuad Kemboja di bawah kendalian Phea Sopheaktra menyamakan kedudukan menerusi Phoeuk Thatthai dan UK Devin pada minit ke-26 dan ke-30 sekali gus kedudukan 2-2 kekal untuk separuh masa pertama.


Memasuki separuh masa kedua, Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk memimpin perlawanan apabila Mohamad Amir Farhan Mohd Fuzi merobek gawang Kemboja pada minit ke-50.


Tersentak dengan gol itu, Kemboja cuba memperkemaskan corak permainan, namun beberapa serangan yang dilancarkan ke arah kubu Malaysia berjaya dipatahkan benteng pertahanan negara.


Kemudian, Izzat Muhammad Syahir Mohd Zulishan menjaringkan gol keempat pada minit ke-80 yang menghasilkan keputusan perlawanan 4-2.


Jurulatih Malaysia u19 Torres berkata .


"Saya rasa perlawanan ini lebih baik dari yang pertama. Semua pemain dapat menghayati apa yang pasukan perlukan. Kita gembira kerana menampilkan lebih kekuatan dari perlawanan sebelum ini. Mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan semasa permainan dan saya fikir kita bertambah baik," katanya.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.