Malaysia Gagal Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024
$ads={1}
Malaysia Gagal Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024. Sedikit sedih bila tidak dapat melihat skuad negara beraksi di pentas final hari ini.
Skuad negara kalah 1-3 kepada China dalam perlawanan semi final yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia.
Malaysia terlebih awal mendapat mata pertama menerusi beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 26-24, 25-23.
Namun selepas itu, satu persatu skuad negara kalah. kekalahan pertama terhasil selepas pemain perseorangan wanita Ong Xin Yee tewas kepada Xu Wen Jing 15-21, 13-21.
Kemudian Razeeq Rosli pula kalah kepada Wang Zi Jun 21-17 dan 21-9.
China menutup hari indah mereka dengan kemenangan Chen Fan Shu Tian dan Liu Jia Yue yang mengalahkan beregu malaysia dengan keputusan 21-12, 21-9.
$ads={2}
Malaysia menamatkan kempen dengan mengulangi pencapaian pingat gangsa edisi 2018 di Jakarta.
Acara individu kejohanan itu akan bermula Rabu ini.
Post a Comment