Lagenda Badminton Dunia Ramal Lee Zii Jia Terkandas di Olimpik Paris

Lagenda Badminton Dunia Ramal Lee Zii Jia Terkandas di Olimpik Paris. Belum pun bermula kejohanan ini sudah ada perang psikologi cuba dilakukan oleh pihak lawan.


Kali ini, Lin Dan yang juga lagenda badminton China dan Dunia mengatakan pemain no 1 dunia sekarang ini iaitu Shi Yu Qi lebih mempunyai kelebihan berbanding Lee zii jia jika mereka bertemu di separuh akhir olimpik paris 2024 nanti.

Ia kerana lin dan meramalkan yang final olimpik akan berlaku di antara Victor Axelsen dan juga Shi Yu Qi. jadi mahu tak mahu lee zii jia akan terkandas di semi final sahaja.


Lagenda Badminton Dunia Ramal Lee Zii Jia Terkandas di Olimpik Paris



Lindan berkata: 

"Fokus utama Yu Qi adalah untuk menghasilkan keputusan cemerlang di Olimpik tahun ini," 


"Dia tidak mahu memikirkan mengenai temasya seterusnya sebaliknya dia komited sepenuhnya kepada peluang yang ada ketika ini.


"Prestasinya tahun ini membuktikan dia mempunyai keupayaan untuk memenangi emas. Kejayaan dilakar tahun ini meningkatkan lagi tahap keyakinannya, jika tidak sukar untuk dia memenangi emas."


Lin Dan tanpa berselindung berkata dia tidak sabar untuk melihat pertembungan diantara Yu Qi dan Axelsen final sukan olimpik tidak lama lagi.


"Axelsen berada dalam situasi yang terdesak kerana dia ingin mempertahankan gelarannya, yang boleh menjadi agak sukar di pentas Olimpik.


"Dari segi mental, Yu Qi mungkin mempunyai kelebihan. Dia sangat jelas tentang apa yang dia mahu dan mempamerkan semua kebolehannya untuk beraksi pada tahap prestasi terbaiknya.


"Walaupun Axelsen adalah pilihan utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yu Qi benar-benar telah menonjolkan dirinya tahun ini. Dia bertekad untuk tidak membiarkan pingat emas terlepas dari genggamannya," kata Lin Dan.

--


Sebagai fans Malaysia, kita yakin yang lee zii jia mampu mencipta kejutan di sukan olimpik kali ini dan pasti status underdog lee zii jia akan beri kelebihan kepada pemain itu dalam merangkul pingat di sana nanti.


Masih ramai kah yang menyokong lee zii jia nanti? admin masih menyokong dan support lee zii jia dan rakan-rakan di Olimpik Paris 2024!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama