Kemenangan Yang Positif - Soh Wooi Yik
$ads={1}
Kemenangan Yang Positif - Soh Wooi Yik. Itu yang diluahkan bintang badminton Malaysia yang memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan sukan olimpik paris 2024 semalam.
Namun ramai peminat tidak berpuas hati dengan prestasi mereka tetapi ada banyak benda positif yang boleh diambil dan dijadikan pengajaran sebelum perlawanan kedua hari ini.
Semalam, Aaron chia dan soh wooi yik menang keatas beregu Britain Ben Lane-Sean Vendy dengan keputusan 19-21, 21-16, 21-11 di Porte de La Chapelle Arena.
Wooi yik yang ditemui selepas perlawanan berkata dan mengakui yang mereka bergelut dalam set pertama sebelum bangkit di dua set seterusnya.
$ads={2}
"Kami akui agak bergelut di set pertama dan cuba bangkit untuk mendapatkan semula momentum dalam permainan," katanya.
"Ini adalah kemenangan yang positif untuk kami dan kami percaya ia akan meningkatkan lagi tahap keyakinan kami," kata Wooi Yik kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan.
Hari ini mereka akan menentang pasangan kanada Nyl Yakura-Adam Dong untuk aksi kedua kumpulan
Post a Comment