Kedah Jumpa JDT di Semi Final Piala Fa Malaysia 2024

 Kedah Jumpa JDT di Semi Final Piala Fa Malaysia 2024. Selesai perlawanan suku akhir kedua untuk 4 pasukan semalam dan hari ini akan ada lagi 4 pasukan yang akan bersaing.


Semalam, kedah berjaya melangkah ke separuh akhir selepas terikat 0-0 dengan Penang FC. Namun bekal 1 gol yang diperoleh oleh Kedah di Stadium Bandaraya minggu lalu mejadi penyelamat pasukan itu.


Manakala pasukan JDT pula tidak kasi chance langsung dekat pemain pasukan Malaysian University apabila mereka menjaringkan 8 gol dalam perlawanan semalam.


Kedah Jumpa JDT di Semi Final Piala Fa Malaysia 2024



Antara penjaring gol yang menjaringkan gol adalah seperti Juan Muniz, Heberty, Feroz Baharudin, Francisco Geraldes, Romel Morales dan juga Bergson.


JDT juga menang dengan agregate 13-0 dalam perlawanan ini. 


Hasil dari perlawanan ini, Kedah akan bertemu JDT dalam aksi semi final piala fa yang akan diumumkan tarikh perlawanannya nanti.


Pasti ramai peminat kedah mahu mengalahkan pasukan JDT. Misi ini tidak mustahil sebenarnya kerana kualiti yang ada dalam pasukan kedah mampu menjadi kekuatan pasukan itu layak ke final piala fa 2024.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama