Header Ads

" Kami dah puas pujuk, Tapi ... " Timbalan Presiden FAM

" Kami dah puas pujuk, Tapi ... " Timbalan Presiden FAM. Itulah yang diluahkan oleh pengurusan badan induk bola sepak negara selepas perletakan jawatan Kim Pan Gon semalam.


Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata:


"Saya dan Datuk Siva (Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram) memang kita cuba sedaya upaya memujuk, sehabis-habis baik dah kita pujuk beliau untuk kekal bersama dengan pasukan kebangsaan.


" Kami dah puas pujuk, Tapi ... " Timbalan Presiden FAM



"Tapi atas alasan peribadi beliau, kita pun akhirnya terpaksa jugalah menghormati keputusan jurulatih. Tak dapat diselamatkan dah, memang merasa kegagalan juga di mana kita sangat terasa kehilangan.


"Pasalnya kita nampak beliau memang dah buat sesuatu dan nampak kemajuannya. Kita memang mengharapkan beliau membawa kita ke peringkat lebih baik. Tapi akhirnya keputusannya dah macam itu kita pun terima," katanya.


Pada masa yang sama, Timbalan presiden Fam itu juga berkata mereka sudah memujuk kim pan gon selama hampir 4 minggu. Namun bekas jurulatih berkenaan kekal dengan pendiriannya untuk tinggalkan skuad harimau malaya.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.