JDT Perlu Sekat 2 Pemain Kedah Kalau Nak Menang

JDT tingkatkan Permainan Hadapi Kedah di Darul Aman. Bermain di tempat lawan bukan mudah untuk pasukan juara liga super itu.

Pasukan bimbingan Hector bidoglio bakal bermain di hadapan ribuan peminat pasukan tuan rumah dalam aksi separuh akhir pertama piala fa 2024.


JDT Perlu Sekat 2 Pemain Kedah Kalau Nak Menang



Menyedari kesukaran bermain di sana, Bidoglio perlu bijak membaca taktikal lawan dan pada masa yang sama perlu mengikat beberapa pemain lincah dalam skuad KDAFC.

Antara yang perlu di sekat adalah pemain import Sukhrob Nurullaev dan gandingannya iaitu rizal ghazali yang kerap kali memulakan serangan kedah fc.

Pada masa yang sama, kapten pasukan Sony Norde juga harus diberi perhatian khusus oleh pemain JDT terutamanya Crobin Ong dan juga Davies kerana kelincahan pemain ini dapat mengucar kacirkan pasukan JDT.

 Kita juga masih belum tahu siapa yang bakal diturunkan di bahagian serangan JDT. Bagi pendapat aku, Bergson akan bermain awal danjuga Heberty akan turun awal.

Sebab utamanya adalah permainan malam ini adalah sangat panas dan perlu gol awal. Jika tidak kemungkinan besar, Kedah dapat bawa bekal gol dari darul aman nanti.

Pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan semi final pertama di antara kedah vs jdt nanti? 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama