Header Ads

Gaji Paulo Josue Tak Dibayar sejak Januari 2024!

Gaji Paulo Josue Tak Dibayar sejak Januari 2024! Memang mengejutkan apabila kita mendapat berita ini. Kesian dekat player yang tak dapat gaji dalam skuad KL City musim ini.


Kapten pasukan yang juga pemain Naturalisasi negara, Paulo Josue menerima nasib sama bahkan ia lebih teruk apabila sudah 7 bulan gajinya tidak dibayar.


Tampil mendedahkan perkara itu, Josue berkata;  


Gaji Paulo Josue Tak Dibayar sejak Januari 2024!



"Ada pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu namun situasi terbabit tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar pada Disember tahun lalu.


"Saya pernah berbincang bersama pengurusan KL City dan mereka berjanji untuk buat bayaran setengah bulan. Namun, itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya.


"Ramai bertanya, sudah tujuh bulan (gaji tertunggak) mengapa masih bersama KL City lagi... Saya kekal kerana sayangkan pasukan dan sememangnya menyayangi karier sebagai pemain bola sepak profesional," katanya.


"Ada yang mengatakan KL City hanya berhutang dua bulan saja. Itu adalah bohong dan boleh berjumpa atau bertanya saya untuk dapatkan kepastian.


"Tanyalah pemain lain sama ada gaji mereka dibayar penuh. Saya rasa perkara itu tidak berlaku," katanya yang terpaksa berjimat untuk menampung kos perbelanjaan harian.


Walaupun gajinya tidak dibayar tetapi dia tetap bermain dengan baik di atas padang bersama dengan pemain-pemain lain.


Pengurusan pasukan itu kena ambil tindakan dan MFL juga perlu memantau masalah gaji yang membelenggu pasukan-pasukan dalam liga super!!


Kalau tidak ia akan menjadi semakin parah!


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.