Format Acara Badminton Olimpik Paris 2024

Format Acara Badminton Olimpik Paris 2024. Dalam entri kali ini, kami nak kupas mengenai bagaimana perjalanan sukan olimpik terutamanya bagi acara badminton.

Secara rasmi, perlawanan pertama peringkat kumpulan akan bermula pada 28 Julai 2024 ini bersamaan dengan hari ahad waktu Malaysia.

Salah satu sukan yang menjadi tumpuan adalah acara badminton yang mana ia menjadi acara harapan untuk skuad negara memenangi pingat emas di kejohanan olimpik paris 2024 ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, rexy mainaky mendedahkan proses latihan pemain sudah berada di Gear Lima untuk merebut pingat emas sukan olimpik kali ini.


Format Acara Badminton Olimpik Paris 2024



Pengenalan

Sukan badminton sinonim dengan mempertaruhkan 5 emas iaitu bagi kategori single lelaki,single perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan dan yang terakhir adalah beregu campuran.


Juara-juara edisi Olimpik Tokyo 2024


Perseorangan Lelaki : Viktor Axelsen (Denmark)

Perseorangan Wanita : Chen Yu Fei (China)

Beregu Lelaki : Lee Yang/Wang Chi Lin (Chinese Taipei)

Beregu Wanita : Greysia Polii/Aprina Rahayu (Indonesia)

Beregu Campuran : Wang Yil Yu/Huang Dong Ping (China)


Format Pertandingan Acara Badminton Olimpik Paris 2024

Ada sedikit kelainan format kali berbanding dengan format kejohanan-kejohanan lain. 


- Setiap peserta yang bertanding di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang pemain.

- Mereka perlu bersaing sesama mereka dan juara kumpulan sahaja yang layak ke pusingan kalah mati. Manakala yang lain tersingkir dari kejohanan.

- Selepas itu, setiap juara kumpulan akan diundi semula bagi menentukan lawan masing-masing. Jadi kita tidak tahu lawan atlet negara selepas peringkat kumpulan selagi mereka belum selesai permainan di peringkat itu.

Info Tambahan

Perseorangan Lelaki dan Wanita : Hanya juara kumpulan lyak ke pusingan kalah mati.

Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran : Juara dan Naib Juara layak ke pusingan seterusnya.



Senarai Atlet Malaysia Dalam Sukan Badminton Di Olimpik Paris 2024

Pasti ia menjadi sandaran dan harapan rakyat Malaysia melihat atlet negara memenangi pingat emas di acara olimpik kali ini. Ramai peminat yang tahu pengorbanan pemain-pemain ini dan mengharapkan mereka yang terbaik ketika bermain.


Perseorangan Lelaki : Lee Zii Jia

Perseorangan Wanita : Goh Jin Wei

Beregu Lelaki : Aaron Chia/Soh Wooi Yik

Beregu Wanita : Pearly Tan/Thinaah Muralitharan

Beregu Campuran : Chen Tang Jie/Toh Ee Wei


Penutup


Bagi acara badminton, skuad negara mempunyai 8 orang atlet yang berjuang memburu emas berharga yang mereka sendiri nanti-nanti. Ayuh rakyat Malaysia berikan sokongan anda kepada mereka dan mendoakan kejayaan mereka.


Ayuh Malaysiaku!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama