Header Ads

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Fokus Persiapan Olimpik

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Fokus Persiapan Olimpik. Pemain beregu campuran negara yang sudah layak ke Olimpik Paris 2024 memberi bayangan yang mereka dilandasan betul dalam persiapan menghadapi kejohanan berprestij tersebut.


Pasangan itu juga sedang giat melakukan persiapan bagi kejohanan tersebut. Acara beregu campuran menjadi acara pertama dipertandingkan dalam olimpik musim ini. 


Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Fokus Persiapan Olimpik



Ee Wei  berkata; 



"Buat masa sekarang, kami tidak pernah sesekali memikirkan mengenai bagaimana saingan di Olimpik, kami tidak mahu membayangkannya kerana mahu fokus kepada persiapan.



"Persiapan latihan setakat ini kami lakukan yang terbaik termasuklah latihan mental yang dibuat di sini (Akademi Badminton Malaysia)," katanya.



"Sukan Olimpik hanya berlangsung empat tahun sekali, jadi semua pesaing mahukan pingat emas dan ia membabitkan semangat berjuang yang berlainan.


"Paling penting, selain latihan kekuatan mental yang kami terima, kami juga membuat kerja rumah, berbincang sendiri dan mahu melakukan perkara berbeza.


"Selain menonton video perlawanan lawan, kami juga melakukan perkara lain untuk mengejutkan mereka dan memperoleh keputusan positif," katanya.



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.