Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Mandi Peluh lawan Pemain UK

 Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Mandi Peluh lawan Pemain UK. Agak mengejutkan apabila melihat bagaimana pemain beregu lelaki negara dalam perlawanan ini.


Walaupun menang tetapi banyak perkara yang perlu diambil pengajaran sebelum perlawanan seterusnya. Dalam perlawanan ini, Aaron dan Wooi Yik menang dengan 3 set dengan keputusan 19-21, 21-16 dan 21-11 dalam masa 1 jam 12 minit.



Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Mandi Peluh lawan Pemain UK



Diset pertama beregu lelaki negara terkejut dan terpaku melihat aksi pemain britain itu yang lebih berdisiplin dalam permainan.

Hasilnya kita terpaksa akur kalah 19-21.

bersambung set kedua, juga tiada banyak perubahan. Namun skuad beregu lelaki negara lebih bersedia dan berjaya mengalahkan lawan dengan keputusan 21-16.

bermain di set ketiga selepas satu jam bertarung bukan mudah untuk kedua-dua negara. Tetapi aaron dan wooi yik tetap fokus dan memburu kemenangan dalam perlawanan set ketiga ini.

Hasilnya, kita menang dengan keputusan 21-11.

Perlawanan ini sepatutnya akan menjadi jalan mudah buat skuad negara layak ke pusingan seterusnya memandangkan mereka merupakan pemenang pingat edisi terdahulu.

Tetapi lain pula yang jadi.

Masih ada masa untuk perbaiki perlawanan sebelum menyambung aksi mereka pada lusa pula.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama