Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Kalah Tapi Sudah Layak Awal

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Kalah Tapi Sudah Layak Awal. Ramai yang cuba nak kecam pasangan beregu lelaki negara apabila mereka kalah kepada bergeu China awal pagi tadi.

Namun, jika berniat macam tu, baik berhenti sahaja. Sebabnya walaupun kalah pasangan aaron chia dan soh wooi yik sudah pun layak ke pusingan seterusnya.


Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Kalah Tapi Sudah Layak Awal


Dalam sukan olimpik kali ini, hanya juara dan naib juara sahaja yang layak ke pusingan seterusnya. jadi Aaron dan wooi yik layak sebab dapat naib juara kumpulan A.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, pasangan beregu lelaki negara kalah kepada pasangan pilihan pertama kejohanan dari  China Liang Wei Keng-Wang Chang dengan keputusan 22-24,14-21.

Banyak kesilapan mudah pasangan negara dalam set pertama yang menyebabkan mereka kalah dengan keputusan 22-24. Ia jelas mengecewakan para peminat dan juga pemain negara kerana aaron dan wooi yik sudah bermain baik namun sikit sahaja kalah

Di set kedua, mereka cuba bangkita tetapi masih gagal. malah mereka pula ketinggalan dengan keputusan akhir 14-21.

Kita menantikan proses undian pusingan seterusnya selepas semua aksi peringkat kumpulan selesai. kita doakan agar Malaysia dapat lawan mudah di peringkat kalah mati nanti.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama