4 Pasukan sertai Pestabola Merdeka 2024

$ads={2}


4 Pasukan sertai Pestabola Merdeka 2024. Baru-baru ini,persatuan bola sepak malaysia telah mengumumkan empat pasukan yang rasmi menyertai kejohanan berpretij ini.


Dalam satu kenyataan media, FAM mengesahkan penyertaan negara Tajikistan, Lubnan dan Filipina dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung pada september depan.


Untuk yang tak tahu, Tajikistan merupakan juara edisi 2023 apabila mereka menang 2-0 keatas pasukan negara.


4 Pasukan sertai Pestabola Merdeka 2024



Tarikh kejohanan adalah pada 2 september sehingga 10 september 2024. Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.


Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata;


"Ini kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun. Kali terakhir ia diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008 sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu, 2023.


"FAM berharap penyokong Harimau Malaya dapat bersama memeriahkan lagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 dengan hadir ke Stadium Nasional memandangkan Edisi Ke-43 ini berlangsung ketika Bulan Kebangsaan iaitu selepas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September," katanya.


Semoga Skuad terbaik Harimau Malaya dapat turun beraksi di pentas yang berprestij ini dan memberi kemenangan dalam aksi terakhir nanti. 


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama