4 Lawan 'HOT' Ujian Pau Marti

4 Lawan 'HOT' Ujian Pau Marti. Tiada masa buat jurulati interim harimau malaya selepas mendapat jawatan hangat daripada persatuan bola sepak FAM.


Terbaru,  Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan yang ada dua pasukan dari Asia barat bakal menguji Pau marti dalam siri perlawanan antarabangsa di antara bulan oktober dan juga november nanti.


4 Lawan 'HOT' Ujian Pau Marti



Datuk Noor Azman berkata; 

"Bulan Oktober kita ada dua perlawanan di tempat lawan, dan selepas itu pada bulan November ada dua perlawanan di sini (di Kuala Lumpur) sebelum bersaing di Piala AFF (hujung bulan November).


"Bulan Oktober tengah tunggu dan kita akan bermain di luar negara. Bulan Oktober masih dalam pencarian dan kita akan main sekitar Asia.


"Bulan November itu kita dah sah akan menentang Laos, manakala satu lagi kita tengah tunggu pengesahan sama ada Syria atau pun Yaman," katanya kepada Arena Metro.


Namun begitu, tugasan utama Pau Marti adalah Pestabola Merdeka yang sangat sinonim dengan Malaysia bahkan kekalahan musim lepas masih terkesan dalam diri penyokong.

Mampukah Pau Marti memberi tonik baru untuk skuad harimau malaya nanti?

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama