Terengganu menang besar!

$ads={1} 

Terengganu menang besar! Bermain dihadapan penyokong 15 ribu orang nampaknya membawa tuah buat pasukan TFC apabila mereka menang besar keatas pasukan sabah dalam aksi suku akhir pertama piala fa 2024.


Anak buah Tomislav bermain dengan santai dan juga banyak menggunakan hantaran-hantaran mudah untuk menjaringkan gol pada perlawanan yang berlangsung di stadium sultan mizan zainal abidin.


Terengganu menang besar!



Gol pertama muncul seawal minit ke 9 menerusi manuel ott yang menyempurnakan assist dari Safawi.


Gol kedua muncul hasil jaringan ismahil Akinade pada minit ke 37. Dia yang mendapat asisst dari Manuel Ott yang berjaya mengekalkan bola di hadapan gol lalu menyempurnakannya untuk gol kedua TFC.


Kemudian jaringan cantik dari luar kotak penalti oleh Marin Pilj pada minit ke 42 membuatkan Terengganu FC selesa dengan 3 gol awal.


Kemudian, pada minit ke 45, Akinade sekali lagi menjaringkan gol cantik curling dari luar kotak penalti untuk gol keempat terengganu sebelum rehat babak pertama.


Bersambung babak kedua, SAbah lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya dan menyebabkan keputusan akhir Terengganu 4-0 Sabah.


Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Likas pada 6 Julai 2024 ini.

$ads={2}

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama